One Paret One Language Series #2

Assalamualaikum kawan-kawan semua,

Biar saya perkenalkan diri saya. Saya seorang ibu beranak satu yang berusia 2 tahun yang mengamalkan 'One Parent,One Language' sejak dia baru lahir.Okay, 'One Parent,One Language' tu apa? Maksudnya salah seorang ibu bapa tu cakap bahasa melayu pada anak manakala seorang lagi cakap bahasa inggeris atau bahasa pilihan masing-masing. Eloklah buat dari seawal usia supaya anak tu sudah biasa.


Macam dalam kes saya,saya cakap bahasa Inggeris sepenuhnya dengan anak saya sejak dia lahir lagi. Suami saya pula cakap bahasa melayu tapi tak sepenuhnya sebab biasalah orang malaysia kan cakap rojak.Alhamdulillah ,pada usia dia sekarang 25 bulan dia boleh berbahasa dan berkomunikasi dengan baik.Banyak perkataan bahasa melayu dan bahasa inggeris yang dia boleh sebut;malah sudah boleh merangkai dua perkataan seperti, "want milk","nak susu","buat susu","put on clothes","take a bath" dan sebagainya.Kadang-kala boleh merangkai sehingga 4 patah perkataan. Oh,ya untuk usia 2 tahun,kalau anak anda hanya menyebut kurang dari 50 patah perkataan,kemungkinan anak anda ada mengalami masalah komunikasi.Sila rujuk pakar ya.

Kerana anak saya suka menyanyi,maka banyak la perkataan yang dia boleh sebut sama ada bahasa melayu atau inggeris.Saya gembira sangat sebab walaupun rasa macam poyo je kan terbelit-belit lidah cakap bahasa inggeris yang  gramatically correct,Alhamdulillah anak saya dapat jugak ikut sebut.Man jadda wa jada. Siapa yang berusaha,pasti berjaya.Walaupun usaha sikit-sikit tiap hari,inshaAllah suatu hari pasti akan membuahkan hasil.

Saya bagi contoh ya macammana saya cakap dengan anak saya:-
Ibu:Does Sara want to drink?

Kalau suami saya pulak yang cakap:-
Abah:Want drink or not?

Hahaha..memang la setiap kali suami saya cakap macamtu,saya rasa nak gelak je. Mungkin sebab dah biasa dengan Inggeris skema,maka ayat di atas rasa macam kelakar padahal mesej tu sampai je kan sebenarnya.

Ada orang cakap kalau buat 'One Parent, One Language' tu nanti anak tak boleh cakap bahasa melayu.Saya takde komen untuk statement macamni kerana perkembangan seseorang kanak-kanak tu berbeza-beza antara satu sama lain. Apa yang saya boleh kongsikan, saya perhatikan memang anak saya faham dan boleh cakap bahasa melayu.Sebab komunikasi saya dan suami adalah dalam bahasa melayu,maka dia boleh tangkap bila dia dengar kami berkomunikasi. Lagi la komunikasi dia dengan orang lain,seperti ahli keluarga yang lain,nenek,moyang,jiran,kawan-kawan atau masyarakat setempat.

Untuk yang berminat nak amalkan 'One Parent,One Language' ni saya nasihatkan anda mulakan sekarang. Kerana kita rakyat Malaysia lazimnya boleh cakap Inggeris sikit-sikit,maka mulakan dengan sedikit-sedikit dahulu. At the same time, kita sebagai ibu bapa pun kena belajar sikit-sikit setiap hari untuk mantapkan bahasa kita. Kemudian kita tambah sikit-sikit. Saya pun sehingga sekarang masih belajar lagi untuk perbaiki bahasa Inggeris saya. Boleh baca suratkhabar inggeris,majalah,tengok rancangan inggeris atau cari buku "English Daily Conversation" di kedai-kedai buku atau anda boleh download dari link di bawah yang saya rasa contohnya agak bagus.


1. Conversations for all Occasions
2. Everyday Conversations
3. Real English Phrases
4. Everyday Business English

Saya pun pada mulanya agak tersasul-sasul juga nak cakap Inggeris dengan anak,tambahan lagi saya bahasakan diri saya "Ibu" dan "Sara"; bukan "I " dan "You". Memang susah sedikit pada mulanya,lagi pulak kita di Malaysia memang cakap Inggeris pun rojak je kan,memang ada tendency nak cakap pening-pening lalat macamtu. Tapi bila exam nanti jawapan dalam bahasa rojak tak boleh pulak diterima. Jadi mudahkan kerja anak kita. Just try to speak correctly. Biar pendek-pendek ayatnya tapi betul grammarnya. 

Sekarang saya sedang belajar Bahasa Arab kerana saya ada cita-cita untuk memahami al-Quran sebelum berakhirnya usia saya. Its a long journey but worth to give a shot. Bagi saya perjalanan untuk mempelajari satu-satu bahasa ini adalah panjang,Biar sikit-sikit tapi istiqamah.Samalah,macam tu jugak kita applykan untuk anak kita.Saya memang bercadang akan mula ajar anak Bahasa Arab umur 5 tahun nanti. Diawal usia seperti ini memang anak-anak mudah serap ilmu.Jangan sia-siakan peluang ini.

Saya harap sangat post saya ini memberi anda inspirasi dan manfaat. Terima kasih sudi baca sampai habis.. :) :)

Jom cek post One Parent, One Language yang lain!


Comments

Popular posts from this blog

First Look and Find : Sofia the first/ Dora the Explorer/DIsney Best Friends

Play-a-Sound: Dora the Explorer, It s Riddle Time!

Senarai Islamic Widget Pilihan