One Parent One Language Series #1
Assalamualaikum semua..Post di bawah ini saya publish di Facebook ketika anak berusia 21 bulan..
Dah nak hampir 2 tahun saya mengamalkan "one parent,one language" dan saya memilih untuk bercakap bahasa inggeris sepenuhnya dengan anak saya sejak lahir manakala encik suami bahasa melayu.idea ni saya dapat dari hasil carian google..tapi saya tak ingat website apa..
Jangan salah faham ya,dulu saya bekerja dan di tempat kerja memang kita cakap inggeris tapi biasalah inggeris kat tempat kerja..ada rojak sikit..tapi kalau kita cakap dengan anak,kita boleh jaga grammar kita sbb anak kan masih baby ..dia dengar je..saya pun selalu refresh grammar saya dan belajar perkataan baru bila saya bacakan buku inggeris untuk anak saya..kadang2 bila tengok cerita omputih tu,saya pun dalam masa yg sama belajar penggunaan phrasal verbs yg english native speaker selalu guna..
Macam minggu lepas saya duduk hotel dot dot dot tu, ada ke patut pekerja dia tak bagi kami masuk tempat buffet breakfast..saya tak marah kat pekerja tu sbb dia tunjuk kat pintu tempat tu buka pukul 7..saya call receptionist cakap saya nak cakap dgn manager..membebel saya dalam telefon,bengang betul.Rupanya receptionist tu cakap memang bukak pukul 6.30 pun..pukul 7 tu utk weekend..tak tau la kenapa sukahati je pekerja tu tiba-tiba halau kami..tapi yang paling bestnya waktu saya membebel..macam bertih keluar ..laju betul..saya membebel dalam bahasa inggeris!!..maksudnya otak kita dah boleh fikir dgn laju dalam bahasa inggeris..
Jadi bagi ibu2 yang tengah mengandung atau anak baru lahir,cuba lah amalkan "one parent,one language" ni...ia bukan sahaja bermanfaat untuk anak,tapi untuk diri sendiri..kesannya boleh dilihat dalam jangka masa panjang..
____________________________________________
Saya dapat satu soalan dalam inbox saya..saya sekadar nak kongsi pendapat peribadi saya..untuk pengetahuan umum,saya bukan guru bahasa inggeris mahu pun pakar tentang bahasa inggeris,,hanya sekadar seorang suri rumah yang amalkan bahasa inggeris sepenuhnya dengan anak kecil saya yang berusia 2 tahun; sejak dari dia lahir..walaubagaimanapun dulu waktu saya bekerja kat satu Oil and gas company ni,saya jadi proof reader(tukang semak) jugak untuk legal documents kompeni tersebut.
SOALAN DARI PUAN S:
Assalamualaikum...Puan...saya antara salah seorg pengikut fb puan. Menurut tulisan puan mengenai 1p 1l...boleh saya dapatkan pandangan puan untuk parents yang both x boleh berkomunikasi dalam bahasa inggeris? Boleh x puan suggest website @ buku untuk kami parents yang x boleh komunikasi dlm b.i bagi membolehkan kami ajar anak untuk memahami n bercakap b.i...terima kasih.
JAWAPAN SAYA:
Wslm puan..terima kasih sbb baca post saya dan mengikuti post2 saya..tahniah kerana puan sudah ada niat practice bahasa inggeris ni..ni saya jawab berdasarkan pengetahuan saya..sebab saya pun tak berapa pakar sangat dalam bidang ni..
Everyone has to start somewhere..saya pun mula2 x tahu jugak..tapi bagi saya sebab kita dah pernah belajar BI kat sekolah,ilmu tu dah ada, tinggal nak practice je..macam puan,saya tengok puan ada guna perkataan 'both',maksudnya puan pun tahu juga bahasa inggeris ni..tinggal nak cakap..
puan boleh ambil baby step..mulakan cakap dlm BI perkataan mudah atau percakapan seharian yang mudah cth good morning,how are you..bila puan sendiri dah tak janggal nak cakap perkataan BI,boleh tambah sikit2..dan kurangkan bahasa rojak tu sikit2..bila puan dah selesa dgn cakap BI,lepastu puan boleh guna ayat2 pendek yg betul grammar dia dgn anak puan..boleh jugak nak campur cakap melayu tapi habiskan satu2 ayat tu sepenuhnya dengan bahasa inggeris lengkap dengan grammar yg betul..kemudian baru start ayat lain dengan bahasa melayu..kalau boleh taknak satu ayat ada campur ingeris dan melayu..dah alang2 cakap inggeris,habiskan ayat tu terus dengan bahasa inggeris..sbb kita kan nak ajar anak,kalau boleh jangan pening sangat(<------this one is easier said than done,but just take baby step)
saya dulu2 ada beli buku "contoh perbualan harian dalam bahasa inggeris" (saya ada letak link utk download fail pdf "examples for daily conversation" kt bawah)..puan boleh cari buku macamni kat kedai buku atau boleh refresh grammar dengan tengok buku sekolah anak2..saya suka tengok buku untuk budak2 sebab grafik yang lebih menarik dan cara penyampaian yang lebih mudah difahami....belajar sikit2..sebab saya pun ambil usaha bertahun2 jugak..yang penting puan kena start cakap..start dengan 10 perkataan sehari ke..salah mula2 takpa.. saya pun mula2 banyak tersasul dan rasa janggal dan x yakin..lama2 dah rasa biasa..nanti makin lama lg rasa automatik je cakap BI..
satu lagi puan boleh buat rutin harian bacakan buku bahasa inggeris kuat2 pada anak..saya perasan bila amalkan ni selama 2 tahun,saya lebih yakin dgn percakapan inggeris saya..sebab secara tak sedar kita pun belajar penggunaan grammar dan makna perkataan baru..
Saya doakan moga Allah permudahkan usaha puan dan suami puan buat anak2 puan.
--------------------
Terima kasih sudi baca sampai habis..ni sekadar pendapat peribadi saya..satu lagi kita boleh belajar melalui rancangan tv,suratkhabar,news channel atau lagu..Harap bermanfaat..
Lagi satu tips saya kalau ada perkataan yang kita tak tau,just google that word definition.cth semalam saya google : "profanity definition' ..sebab kan sekarang canggih semua orang bawak hp gi mana2..lepastu kehebatan google ni bila kita salah eja,dia boleh bagi right recommendation..so interactive!!!!..even kalau saya rasa ayat saya mcm pening je,saya taip je satu ayat penuh tu kat google..kalau takde orang putih guna tu maksudnya memang salah la..
sama la kalau kita tak tau cara sebut(pronounciation) sesuatu perkataan,kita boleh klik icon speaker untuk tau sebutan dia..kamus??saya guna kamus yang tebal2 tu time kat U je..sekarang saya guna kamus online yang google recommend je...
--------------------------------
LIST OF PDF FOR DAILY CONVERSATION
(saya dah cek dan ini adalah contoh2 yang saya rasa bagus)
1. Conversations for all Occasions 2. Everyday Conversations 3. Real English Phrases 4. Everyday Business English
- See more at: http://islamichomeschoolingworksheets.blogspot.sg/2016/03/one-paret-one-language-series-2.html#sthash.Dz0GV3iM.dpuf
- See more at: http://islamichomeschoolingworksheets.blogspot.sg/2016/03/one-paret-one-language-series-2.html#sthash.Dz0GV3iM.dpuf
Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!! Jom tengok post One Parent One Language Series yang lain!
1. Conversations for all Occasions
2. Everyday Conversations
3. Real English Phrases
4. Everyday Business English - See more at: http://islamichomeschoolingworksheets.blogspot.sg/2016/03/one-paret-one-language-series-2.html#sthash.Dz0GV3iM.dpuf
1. Conversations for all Occasions
2. Everyday Conversations
3. Real English Phrases
4. Everyday Business English
- See more at: http://islamichomeschoolingworksheets.blogspot.sg/2016/03/one-paret-one-language-series-2.html#sthash.Dz0GV3iM.dpuf
2. Everyday Conversations
3. Real English Phrases
4. Everyday Business English
- See more at: http://islamichomeschoolingworksheets.blogspot.sg/2016/03/one-paret-one-language-series-2.html#sthash.Dz0GV3iM.dpuf
Comments
Post a Comment